My lubly buddies

Wednesday, February 20, 2013

Sunnah Nabi saw: Ketika Masuk tandas

Hai .. Tadi iqa nampak petua ni kat facebook. Bagus gak utk diri kita, sbb kita ni maybe tak berapa nak tahu ttg berat nya pasal adab2 ni dalam kehidupan harian kita kan? 
Lagi pun ia sebhgian dari sunnah nabi saw gak, tak salah utk kita praktik kn?? Kita bleh amalkan nya juga, tak rugi .... dapat ganjaran pahala lg adalah . 

Antaranya Sunnah Nabi saw ketika masuk tandas:

1.Beberapa langkah sebelum masuk tandas, baca doa, 
''Allhumma inni a'uzubika minalkhubthi wal khabaa 'ith '' ertinya Sahaja aku berlindung dengan Allah dari syaitan jantan dan syaitan betina 
2.Masuk dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan, seeloknya dengan berseliper. 
3.Hendaklah menutup kepala supaya syaitan tidak melumurkan najis pada kita-akibatnya tidak khusyuk dalam solat 
4.Jangan bercakap2 ketika menunaikan hajat 
5.Jangan menjawab salam ,sebut nama Allah SWT, selawat atau baca ayat Quran 
6.Pastikan tak terbawa ayat Quran atau nama Allah SWT ke dalam tandas 
7.Duduk hendaklah diberatkan sebelah kiri, tidak menghadap atau membelakangkan kiblat sewaktu tunaikan hajat 
8.Jangan melihat najis, ini akan menghilangkan Nur di muka 
9.Disunatkan beristibra' (berdehem) 3x selepas buang air kecil supaya sisa kencing tidak tertinggal. 
10.Beristinja dengan menggunakan air, yang afdhalnya menggunakan benda yang kesat lagi suci dahulu kemudian disusuli oleh air 
11. Setelah keluar dari tandas, bacalah doa: 
'Ghufra naka Alhamdulillahillazi azhaba 'ani 'aza wa 'aafaanii', ertinya 
Aku memohon keampunan. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kekotoran dariku dan menyihatkan aku. 



Haaa? dah baca kn .. bagus tak ? Apa tggu lg, yg nak ke tandas tu .. bleh praktik kn semua ni. Bagus tau .
p/s: Niatkan sbb nak ikut sunnah Nabi saw, dapat pahala .. "Selamat Beramal" :)


No comments:

Princess Crown