My lubly buddies

Wednesday, February 20, 2013

Sunnah Nabi saw: Ketika Masuk tandas

Hai .. Tadi iqa nampak petua ni kat facebook. Bagus gak utk diri kita, sbb kita ni maybe tak berapa nak tahu ttg berat nya pasal adab2 ni dalam kehidupan harian kita kan? 
Lagi pun ia sebhgian dari sunnah nabi saw gak, tak salah utk kita praktik kn?? Kita bleh amalkan nya juga, tak rugi .... dapat ganjaran pahala lg adalah . 

Antaranya Sunnah Nabi saw ketika masuk tandas:

1.Beberapa langkah sebelum masuk tandas, baca doa, 
''Allhumma inni a'uzubika minalkhubthi wal khabaa 'ith '' ertinya Sahaja aku berlindung dengan Allah dari syaitan jantan dan syaitan betina 
2.Masuk dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan, seeloknya dengan berseliper. 
3.Hendaklah menutup kepala supaya syaitan tidak melumurkan najis pada kita-akibatnya tidak khusyuk dalam solat 
4.Jangan bercakap2 ketika menunaikan hajat 
5.Jangan menjawab salam ,sebut nama Allah SWT, selawat atau baca ayat Quran 
6.Pastikan tak terbawa ayat Quran atau nama Allah SWT ke dalam tandas 
7.Duduk hendaklah diberatkan sebelah kiri, tidak menghadap atau membelakangkan kiblat sewaktu tunaikan hajat 
8.Jangan melihat najis, ini akan menghilangkan Nur di muka 
9.Disunatkan beristibra' (berdehem) 3x selepas buang air kecil supaya sisa kencing tidak tertinggal. 
10.Beristinja dengan menggunakan air, yang afdhalnya menggunakan benda yang kesat lagi suci dahulu kemudian disusuli oleh air 
11. Setelah keluar dari tandas, bacalah doa: 
'Ghufra naka Alhamdulillahillazi azhaba 'ani 'aza wa 'aafaanii', ertinya 
Aku memohon keampunan. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kekotoran dariku dan menyihatkan aku. 



Haaa? dah baca kn .. bagus tak ? Apa tggu lg, yg nak ke tandas tu .. bleh praktik kn semua ni. Bagus tau .
p/s: Niatkan sbb nak ikut sunnah Nabi saw, dapat pahala .. "Selamat Beramal" :)


Thursday, February 14, 2013

10 Formula Bangun Awal Sebelum Subuh


Hai . Hari ni iqa nak kongsi sikit masalah iqa dgn korang. Iqa ney kekdang susah sgt nak bangun subuh, then iqa search tips tips ney. Setiap manusia mesti ada keinginan utk berubah cuma ia maybe cepat atau lambat shj, bergantung pd diri kita. Dgn tips yg iqa jumpa ney, iqa baru sedar segala nya. Iqa akan terus praktik kan tips ney, hingga iqa mampu :) Doakan iqa ye ? , segala nya perlu diubah mulai sekarang. InsyaAllah, Aminn.

  • Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Setting diminda, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Lebih baik sekiranya kita katakan secara terperinci tentang masa yang ingin kita bangun. Contoh : “ Esok saya akan bangun pada jam 5.30 pagi.”
  • Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin.
  • Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. Sebaiknya, solat sunat Taubat. Cantiknya, sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.
  • Gunakan alat  bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Mohon bantuan ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada. Di samping itu, setkan jam loceng atau alarm telefon kita berhampiran dengan kita.
  • Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.
  • Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas.Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.
  • Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT. Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah.
  • Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan berputik di hati. Kita akan biasa dengan amalan ini jika ia dilakukan terus-menerus tanpa putus asa.
  • Jika berjaya, syabas saya ucapkan. Sekarang cabarannya ialah untuk mengekalkan amalan ini dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Jadi bagaimana?
  • Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini. Hasrat dan harapan kita hanya satu agar Allah SWT sayang dan redha kepada kita.



  • p/s: Iqa selalu berdoa kpd Allah swt agar segala dosa iqa diampunkan. Dan murahkan rezeki keluarga iqa dan Muhammad Sufri. Dan selebeh nya adalah rahsia. Iqa harap tips kat atas bukan hanya utk dihebahkan tetapi dipraktikkan oleh kita, dan juga diri iqa :)

    Princess Crown