My lubly buddies

Tuesday, January 29, 2013

Presentation is 'kacang'

Hai.. Sbnr nya esok ada presentation but boleh lg tidur lambatkan? hehehe. Sbjk ney iqa suka sgt sbb byk berkaitan dgn pengalaman iqa bekerja sbgai jurujual baju kat butik dulu. So senang iqa nak faham semua yg lect iqa ajar. Hehe. Presentation utk esok pn iqa tak rasa 'gabra' sbb dah biasa kut sbb tu tak nervous dah. hehe. alhamdulillah.. Harap esok dpt buat yg terbaik utk group kami, InsyaAllah . Pray us the best ! Fuhh. ngantok dah neyy.  Nak tidur dulu lahh. I love u :)


Group presentation last semester :) tapi syg ayu takde. sbb dia jd camera women ! sorry syg :*

Monday, January 28, 2013

Kenapa tak rogol saya?

Haii ! mesti tertanya2kan kenapa dgn Cik iqa kan? Hehe. Sebelum tu kita baca dulu kisah dibawah ni :)
Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Gambar hiasan



Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu:"Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI?

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam. InsyaAllah. 

Haaa.. itulah kisah nyaa. Sekarang iqa sedar tiada yg lg berkuasa selain Allah swt. Yang paling penting ada lah doa :)
Selamat beramal .

Sunday, January 27, 2013

Bila akan tiba waktu itu?


Hi semua ! pagi tiba2 rasa nak update. kkdg iqa terpikir jgak. sampai bila iqa dgn ayie akan terus begini? means that, dgn status hanya berkawan. hmmp. knp susah sgt bende yg baik tak boleh diprcepatkan.? iqa pun tak faham kenapa semua orang tak faham iqa. apa yg iqa mahu dan inginkan. skrg ney kami yg mnjd mangsa keadaan terutama sekali ayie. hmmmp. "maaf ye syg. syg pn takthu bnde ney akan brlaku" tapi iqa rasa skrg kalau ada jodoh tak kemana tu shj. kn ? insya allahh. harap2 semua berjalan dgn lancar. aminnn. bak kata abg.. susah dahulu,senang kemudian. yesss. syg pegang pada janji2 kita dan apa yg kita dh rancang utk masa depan kita.
I love you syggg.

Saturday, January 26, 2013

Ciri-ciri suami Awesome

Hai, saja nak kongsi sikit pasal ni :B Tadi ter nampak kat 'NewFeed Fb'
Quite interesting jgak lahh ! Selamat mengetahui :)

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

"by: Ustaz Azhar Idrus"

Hari yg bosan

Taktahu nak buat apa hari ni. Tapi yg penting hari ni nak keluar. Icity wait for me yea !! Akhir nyaa malam ni dapat gak pergi Icity yg terletak kat Shah Alam tu :) Alhamdulillah. Pape pun layan lagu ni nohh :) Selamat berhibur. Sream & Shout !
*menunjukkan keadaan diri aku skrg ni*


Monday, January 14, 2013

Future of us :)

Assalamualaikum ? Hello :)
Bertemu kembali kita di dairymcflurry.blogspot.com ni . Rajin pulak iqa nak post entri hari hari. Hehe, sbb iqa rasa kat sini je dapat iqa luah segala-galanya. Hari ni dapat jgak keluar dgn dia :) Alhamdulillah. lepas rindu kat dada ney. hehe. Tadi nak jumpa terserempak Gang Wondergirls , Oh My Bee !! haha. Malu gila iqa. Herghh, nape bleh terserempak tadi, atuyaiii. Haha, nasib hari ney. Abg pulak bleh lg duk download game dlm kereta guna wifi college. Hee, geram betul. Pas tu baru blah dari situ, hehe. Masa dalam kereta, iqa pandang dia time dia tgh bawak kereta, pas tu dia perasan. Alamak malunya. Pas tu, dia pulak pandang-pandang iqa. Hahaha, pas tu bagi alasan tgk sight mirror ! Ahh alasan. Then, tadi masing2 sembang pasal masalah, hmmp. Biasalah manusia tak lari dari buat kesilapan and lari dr mslah. Tadi pergi santai kat putrajaya, dekat Masjid. Sambil main-main game, apa ntah nama nya tadi. iqa asyik kalah je main game td, dia kata "Belajar tinggi, main game pun takreti." Hasihh, malu weyy. haha, Its okayy. Be finneee darlingg. Pas tu tiba-tiba dia cakap pasal kahwin, oh my please pasal neyy. Sbb iqa dia terpaksa tunggu dan tunggu iqa neyy. Hmmp, sorry syg. Dia cakap apa erk td, "Syg, nnti kawen syg bayar duit elektri, air and astro tau ? Abg bagi duit dapu dgn bayar duit rumah. Okay?" Pas tu iqa pun Menbantah lah, haha. "Mana aci ! Okeyy, tapi syg akan bayar duit bil elektrik, air je. Hehe, sbb syg nak mesti time tu nak bayar duit kereta syg . haha." Kesian abg, haha. Tersengih dia bila iqa cakap macam tu. Pas tu abg tanya, "Sebab apa pulak abg kene bayar astro ?" Iqa pun jwb la, "Sebab abg tu mesti nak bukak Sport Channel, Discovery Channel . So, abg kene bayar. Haha." . Hahaha, takpasal pasal pas tu iqa kene cubit dgn dia. Sakit pulak tu. Err. Pas tu pegi beli burger, park kereta makan burger dulu ! Nyom Nyom. sedap but tak de cheese, abg lupa. Takpalah, janji abg belanja. haha. Pas je makan, tgk jampun dah pukul9, terus pancu kereta tu ke Downtown Taman Reko dekat Bangi. Iqa cari kasut, utk pakai pegi kelas. Kasut yg dicari sudah kehabisan saiz, but tinggal kasut yg iqa tak berkenan je. hmmp, tapi abg kata iqa pakai kasut tu cantik, apa lg keluarkan cash terus beli lah. hahaha. And suprise suprise !! Kami nak pergi Langkawi 26haribulan ney, di percepatkan. Yeyyyhhh. Best sgt. tak sabarr. Harap2 semua berjalan lancar. Aminnn, InsyaAllah. Ada tangkap2 gambar td tp dlm phone abg, lupa nak blutoth . Takpalah, nnti amek. Hmmp, Hadui, cari ney dah tak larat nak taip, so sampai sini jelah. Nnti sambung lain nohh :) Bye.

Nanti syg nak buat macam ni bila kita dah sah :) Nak selalu disamping abg.
Macam ni lah kita tadi, Hehe :P
And Forever .. I love you :)

Sunday, January 13, 2013

Sayang, I miss you .

Assalamualaikum ? Haiii.
Malam ni tiba tiba ra nak update blog. Hmmp, Nampak tak post title tu ? Muhammad Sufri, strange kan nama dia. But its ok lahh. hehe. Sebenarnya iqa post entri ni sbb terlalu rindukan dia, tapi iqa tak tahu nak luah dekat siapa. Hmmp, mampu disini jelahh, itu pun kalau ada yg baca and membantu iqa ni. Semenjak dua menjak ni, abg asyik sibuk dgn kerja kerja kerja. Sampai takda masa utk kita. Syg sedih sgt, syg rindu masa kita yg dulu. Hmmp, keluar sharing aiskrim , abg duduk sebelah syg dgr cerita syg , abg record video gelagat syg. Hmmp, rindu sgt dgn kenangan tu .. Tapi syg faham keadaan abg, semua tu utk masa depan kita. Syg takabeh2 dgr Kak Sue cakap macam ni, "Kesian ayie, kerja siang malam kumpul duit nak kahwin" . Aduhh, rasa serba salah sgt. Sebab tu syg sayang abg sgt sgt. Sebab abg bersungguh sungguh demi kita : ) Tapi please jgn lupa syg. Tadi, gaduh dgn abg. Seriously, sedih gila rasa hati ney. Sebab abg tiba2 cakap, "Jgn sampai abg curang ." Ohhhh penangan dia tertusuk hati tahu tak, there is no reasons that to abg curang with syg. Please jgn buat, syg dah takmau yg lain. Sobbss sobbss. Then tadi iqa luah semua kat abg apa yg iqa rasa selama abg bekerja keras tu. So, now keadaan kembali pulih. Alhamdulillah. Masing2 dengar masalah yg jd . Bagi iqa, semua perlu tolak ansur, kalau tak macam mana nak selalu bersama dgn kasih syg. Itu pun sebahagian jgak. Tapi seriosly, iqa rasa hiduup ni tak complete without dia. Hmmp, jodoh ? insyaAllah. kita taktahu, tapi perasaan kami, still sama sejak first time kami kenal, jumpa hingga sekarang ni. Tak pernah kurang, dan tak pernah timbul perkataan BOSAN dalam hubungan kami. Skrg dah genap 5tahun kita kawan ! Alhamdulillah, harap semua baik2 shj utk tahun ni. Then this is last year iqa dkat college , so iqa nak struggle naik kan pointer ! wohooo. haha, InsyaAllah, Aminn. harap harap.  Kepada abg, i miss you so much. Tak sabar nak pergi bercuti kat Langkawi raya cina nanti ! I love you sayang : *

Last capture with him, I miss you : ')




Janji sehidup semati hingga ke jannah, Amin. InsyaAllah. Doakan kami yg terbaik : )

Princess Crown