My lubly buddies

Monday, September 09, 2013

Dilema dalam lamunan ini

Angin lembut meniup di hujung jari kaki ku membuatkan aku terasa kedinginan bilik ini. Dua tiga hari ini, cuaca tidak menentu. Sekejap sejuk dan adakalanya panas tapi tidak sepanas api di neraka. Huhu. Sambil memegang sebatang pena di tangan untuk mengulangkaji  untuk kuiz esok hari.
Tetapi fikiran selalu melayang seperti layang-layang yang diterbangkan di udara yang sekejap ia ke kiri dan ke kanan. Begitulah aku yang sedang memikirkan pelbagai hal di kepala aku, ada tentang masa depan, sekarang dan masa lalu.


Ada sesetengah orang berkata bahawa "Barang yang lepas tidak perlu dikenang". Tetapi bila kita fikirkan balik kalau tiada yang lalu, tiada lah sekarang ini. Mungkin semuanya ada kaitan dengan apa yang berlaku sekarang dan akan ada kesan pada masa depan juga. Boleh ke kita menggelaknya daripada berlaku pada masa depan kita ? Dengan apa yang kita rancang adakah semua itu akan berlaku atau tidak ? Persoalan sentiasa bermain di dalam kotak fikiran. Mampukah kita ?


Bagi aku, Ye ! kita mampu selagi kita masih bergantung kepada Allah. Segala-galanya akan berlaku, terjadi atas izin Dia. Kerana Dia tidak akan mengecewakan kita. Dia lah yang memahami dan yang tahu sebenar-benarnya isi kandungan hati kita dan ia mustahil kepada kita sesama insan untuk fahami. Kerana itu juga hanya Allah berkemampuan untuk membantu kita.


Oleh itu, aku sangat bersyukur akan nikmat yang dikurniakan. Alhamdulillah. Pintu bilik ku diketuk dan menghentikan lamunan aku tadi. Sambil aku tersenyum sendiri dan tidak berhenti menglafazkan Alhamdulillah aku masih dalam perlindungan nya. Lalu aku sambung mengulangkaji untuk kuiz pada esok hari. Harap-harap Allah memberi petunjuk dan jalan terbaik buat kita semua. Inshaa Allah dengan ketabahan yang Allah kurniakan untuk aku hadapi seorang diri di atas bumi yang semakin mundur ini.

Daripada kakak kpd adik :')

Your love: Nur Atiqah Azahari

No comments:

Princess Crown