My lubly buddies

Wednesday, May 01, 2013

Titik bermulanya PERUBAHAN !


Alhamdulillah.. Hari ini Allah swt masih lagi memberi iqa peluang utk bernyawa diatas bumi ini. Bumi yang indah ini yang penuh dengan kehijauan, laut yang kebiruan, awan dan langit yang menenangkan hati bila kita kecewa, sedih, gembira . Nak tahu tak apa maksudnya tu ? Allah tu sentiasa ada dengan kita, dia terlalu rapat dengan kita tanpa kita sedari. Tetapi kita sebagai manusia yang selalu dia sayangi ini, selalu lupa kepada dia. Kenapa? Mengapa? Ia menjadi persoalan kpd diri sendiri. Itu lah ada nya kawan kawan disekeliling kita! Yang selalu mengingati kita, menasihati kita dan temani kita ketika kita jatuh dan mampu berdiri semula. Tambah tambah lagi kawan kawan itu yang membawa kita ke jalan Allah swt, wahhh! besar rahmatnya.

Dengan itu terbitlah satu USRAH, iaitu 'Bulatan Gembira' kami yang terdiri dari perempuan ! Ehh , mestilah perempuan je. Mana boleh bercampur. HAHA. Apa apa pun, iqa seronok sesangat sebab dapat berada dalam bulatan ini. Sebab kami seperti satu keluarga tanpa batasan utk berkongsi dalam macam macam hal. Best sangat ! Bersama dengan kakak kakak yang membantu kami dengan dalam lagi tentang islam :) Mana tak seronoknya, iqa ni anak sulung. So, tak da kakak, adik perempuan pun takda. Tu yang jadi seronok sangat, sebab dapat menumpang kasih dari mereka. Dalam bulatan gembira iqa, ada ayu, diela, sisca, dan tia adik perempuan kami paling kecil. HEHE.

Nak tahu tak, sejak adanya bulatan gembira ini. Iqa sedar bahawa iqa selalu leka didunia ini. Iqa sedar kita semua atas bumi ini hanya lah sementara, ye ! sementara sangat. Jadi, iqa bertekad ! BERUBAH BERUBAH BERUBAH ! Finally, ye! iqa berubah. Alhamdulillah, Allah swt telah pilih iqa, pilih iqa untuk sentiasa berada dekat dengan dia, melalui solat iqa, di setiap kali iqa membaca ayat cinta darinya. Subhanallah, indah sangat ayat ayat itu. Setiap ayat yang Allah swt beri kepada kita itu, ada kisah, sebab, tauladan umat terdahulu termasuk dengan apa yang akan berlaku kepada kita pada akhirat nanti. Iqa menyesal, betapa ruginya iqa, selama 19 tahun tanpa menyedari tentang semua ini. Astargfirullahalazim. 

Hari ini, disetiap kali hembusan nafas. Iqa tidak pernah berhenti beryukur kepada Nya ! Alhamdulillah :) Thanks Najwa, Ana, dan yang lain lain banyak bantu iqa :) Tidak lupa kakak kakak USRAH yang sentiasa membanu kami, iqa dalam setiap hal. Kepada kawan kawan iqa yang lain, marilah kita bersama sama mencintai Dia. Indah tau kasih sayang dia, dia sangat menjaga kita dan melindungi kita. Percayalah! 

Jadi itu sahaja lah kisah permulaan titik perubahan iqa :)







P/s: JANGAN TAKUT UNTUK BERUBAH, PERCAYALAH ORANG DISEKELILING KITA SENTISA AKAN MEMBANTU KITA ! BERUBAH LAH KERANA ALLAH SWT, NIKMATNYA SAMPAI TIDAK BOLEH DIUNGKAP DENGAN KATA KATA :) ASSALAMUALAIKUM !

No comments:

Princess Crown