My lubly buddies

Monday, September 09, 2013

Dilema dalam lamunan ini

Angin lembut meniup di hujung jari kaki ku membuatkan aku terasa kedinginan bilik ini. Dua tiga hari ini, cuaca tidak menentu. Sekejap sejuk dan adakalanya panas tapi tidak sepanas api di neraka. Huhu. Sambil memegang sebatang pena di tangan untuk mengulangkaji  untuk kuiz esok hari.
Tetapi fikiran selalu melayang seperti layang-layang yang diterbangkan di udara yang sekejap ia ke kiri dan ke kanan. Begitulah aku yang sedang memikirkan pelbagai hal di kepala aku, ada tentang masa depan, sekarang dan masa lalu.


Ada sesetengah orang berkata bahawa "Barang yang lepas tidak perlu dikenang". Tetapi bila kita fikirkan balik kalau tiada yang lalu, tiada lah sekarang ini. Mungkin semuanya ada kaitan dengan apa yang berlaku sekarang dan akan ada kesan pada masa depan juga. Boleh ke kita menggelaknya daripada berlaku pada masa depan kita ? Dengan apa yang kita rancang adakah semua itu akan berlaku atau tidak ? Persoalan sentiasa bermain di dalam kotak fikiran. Mampukah kita ?


Bagi aku, Ye ! kita mampu selagi kita masih bergantung kepada Allah. Segala-galanya akan berlaku, terjadi atas izin Dia. Kerana Dia tidak akan mengecewakan kita. Dia lah yang memahami dan yang tahu sebenar-benarnya isi kandungan hati kita dan ia mustahil kepada kita sesama insan untuk fahami. Kerana itu juga hanya Allah berkemampuan untuk membantu kita.


Oleh itu, aku sangat bersyukur akan nikmat yang dikurniakan. Alhamdulillah. Pintu bilik ku diketuk dan menghentikan lamunan aku tadi. Sambil aku tersenyum sendiri dan tidak berhenti menglafazkan Alhamdulillah aku masih dalam perlindungan nya. Lalu aku sambung mengulangkaji untuk kuiz pada esok hari. Harap-harap Allah memberi petunjuk dan jalan terbaik buat kita semua. Inshaa Allah dengan ketabahan yang Allah kurniakan untuk aku hadapi seorang diri di atas bumi yang semakin mundur ini.

Daripada kakak kpd adik :')

Your love: Nur Atiqah Azahari

Saturday, September 07, 2013

Mana nak cari Duit ??


Hai semua . Fuuhhhhh fuhhhhhh ! berhabuk sudah blog ni . tapi sekarang tidak lagi.  HEHE. Iqa ni kalau dapat update blog, Iqa akan update dengan muka yang baru sekali . Lihat hasilnya . Cantik tak ? Hehe. Penat woo buat semua ni . HEHE, semuanya berdasarkan tutorial yang ada di poket Encik Google. HEHE. Baru-2 ni Iqa menghadapi satu masalah. Masalah dengan duit. Kalau Iqa cakap pasal duit mesti lah berkaitan dengan kolej Iqa ni. Bila fikir pasal kolej mesti lah semua akan jaab PTPTN kan ada ? Yup, memang PTPTN ada, tetapi satu sen dari PTPTN pun Iqa tak dapat. Pinjaman yang Iqa buat sebanyak RM20 ribu untuk Diploma Iqa. Tetapi sekarang ni, Iqa dapat tahu bahawa Iqa dapat pinjaman sebanyak RM16 ribu sahaja untuk Iqa bayar yuran pengajian Iqa. Lagi RM4 ribu, Iqa kene tanggung sendiri. Nak tahu tak sebab apa yang jadi macam tu ? Untuk semester yang pertama Iqa hanya ambil subjek lulus/gagal sahaja. Jadi, tak ada lah CGPA/GPA pada sem tu. Kebetulan pulak, masa tu Iqa gagal kedua-2 subjek itu. Kesian Iqa, tak tahu lah apa yang kurang sampai gagal. Nak kata Iqa tak buat course work iqa buat semuanya. Entah lah, takdir agaknya. Iqa anggap Allah mentarbiyah Iqa supaya belajar dengan rajin lagi. Okey ! sambung balik hal tadi. Selepas itu, kolej pergi hantar maklumat Iqa dekat PTPTN yang Iqa gagal. Tetapi yg Iqa muskil bahawa, kenapa kaan iqa yang lain dapat walaupun mereka ada yg gagal. Hmm, lagi sekali Iqa menerima nya dengan mentah-2. Sekarang ini, iqa masih lagi dalam proses berurusan dengan pihak finance kolej, agar iqa dapat bayar secara ansuran atau tidak. Iqa harap Iqa dapat bayar.

Pada masa yang sama, ayie mahu bagi modal dekat iqa untuk iqa berniaga. Tetapi sampai sekarang iqa masih belum buat keputusan untuk berniaga apa. Tetapi strategi sudah ada, produk sahaja belum ada. Masih lagi mencari. Iqa rasa dengan cara itu sahaja iqa dapat cari duit itu. Blogger sekalian, kalau kamu semua ada idea untuk iqa berniaga apa, kongsi sedikit ye ? Bantu lah iqa :( 

Cuti semester pun semakin hampir, lagi 2minggu Iqa akan menghadapi Final Exam. Harap iqa dapat lakukan yang terbaik untuk semester ni, walaupun semester ini banyak bermain dengan emosi disekeliling. Iqa kene kuat untuk mnghadapi semua dugaan itu. InshaaAllah. Lepas final exam , iqa bercadang untuk tidak balik rumah nenek. Sebab nak kerja cari duit utk bayar pada kolej. Iqa sudah berbincang dengan ayah, iqa nak buat part time dekat kilang coklat dekat rumah ayah di Serdang. Harap mereka mahu ambil pekerja part time. Harap- harap. . .

Apa-2 pun , Iqa harap segalanya dipermudahkan. La tahzan wahai hati ku . . .

Your love: Nur Atiqah Azahari

Princess Crown